Khamis, 11 Disember 2014

10% Kokurikulum untuk SPM

Sukacita dimaklumkan bahawa kemasukan markah KOKURIKULUM ke dalam aplikasi penilaian 10% Markah Kokurikulum untuk calon SPM,STPM, STAM tahun 2014 , boleh dilakukan bermula 15 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015

Selasa, 18 November 2014

Markah 10 % Kokurikulum PT3

Sukacita dimaklumkan bahawa KEMASUKAN MARKAH KOKURIKULUM ke dalam Aplikasi Penilaian 10 % Kokurikulum untuk Pelajar PT3 Tahun 2014 bermula 18/11/2014 hingga 5/12/2014, sila klik..


Siaran SPS-PAJSK PT3 ( 10% Markah Kokurikulum ), sila KLIK

Selasa, 28 Oktober 2014

Operasi PAJSK PT3

Untuk memudahkan pihak Sekolah Menengah menguruskan PAJSK secara online melalui SPS, BKK telah menyediakan SOP khas, sila klik....

Selasa, 30 September 2014

Kutipan Markah PAJSK

Semua PK Kokurikulum ( Sekolah Menengah ) diminta mengambil TINDAKAN mulai slide 4, Lihat...
Sila SEGERA key in

Jumaat, 22 Ogos 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan (Karnival Sejarah)

Dilampirkan surat siaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ( KARNIVAL SEJARAH) dan borang Instrumen Penilaian anjuran KPM,
Surat Siaran,
Borang Penilaian,
Maklumat Tambahan


Rabu, 20 Ogos 2014

Pertandingan Kawad Sekolah-Sekolah Perlis

Perubaahan tarikh pertandingan kawad bagi sekolah-sekolah Negeri Perlis 2014, lihat

Surat Siaran
Syarat Pertandingan
Lampiran A

Ahad, 22 Jun 2014

Sekolah Seni Malaysia 2015

Permohonan adalah dipelawa kepada calon UPSR 2014 untuk belajar di Sekolah Seni Malaysia (KPM) dalam bidang (seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater),selanjutnya.....

Rabu, 11 Jun 2014

Minggu Sihat Doktor Muda

Pelaksanaan sambutan Minggu Sihat Doktor Muda merupakan acara tahunan yang akan diadakan pada 01 hingga 07 Julai setiap tahun, selanjutnya..

Rabu, 14 Mei 2014

Perutusan Sambutan Hari Guru 2014

Perutusan Sambutan Hari Guru 2014 oleh  Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - Guru : Pencetus Kreativiti , Penjana Inovasi, selanjutnya..

Rabu, 30 April 2014

My Arts 2014

Sekolah Seni Malaysia Johor (SeMJ) dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Festival My Arts 2014 peringkat kebangsaan,selanjutnya...



Rabu, 23 April 2014

AKK 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia ( BKK ) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2014  pada 10 hingga 12 Novermber 2014, selanjutnya......


Selasa, 22 April 2014

JURULATIH SENI GRED 29 – 44

Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan, berpotensi dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi jawatan Jurulatih Seni Gred S29 - 44,selanjutnya



Ahad, 13 April 2014

Ucapan Pengarah di PPBB SR(P) 2014

Pasukan Badan Beruniform merupakan satu kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu pendekatan untuk menanam disiplin dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid sekolah... selanjutnya

Ahad, 6 April 2014

PERKHEMAHAN PBB SR (P) KEBANGSAAN 2014

Selamat Datang diucapkan kepada 17 Kontigen yang akan menyertai perkhemahan peringkat Kebangsaan mulai 9 hingga 13 April 2014 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendididkan Negeri Perlis ( Kem Tasoh ),selanjutnya....

Rabu, 26 Februari 2014

ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH



ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH MENENGAH WILAYAH UTARA 2014
Ruj: JPPs. UKK. 800-4/4/1 Jld. 5 (90) bertarikh 19 Februari 2014
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) akan menganjurkan Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Wilayah Utara.

Sabtu, 8 Februari 2014

Kursus Kompetensi PPP DG41-DG44 ( 2014 )

Matlamat dan Objektif:- Membolehkan PPP membangunkan kompetensi dan potensi ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan: *  Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  *  Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi  * Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan  * PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional * Penglibatan PPP secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21,lihat..

Jumaat, 10 Januari 2014

PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KPM

Selain daripada itu,pemakaian baju korporat oleh pegawai/kakitangan KPM hanya dibenarkan. apabila melaksanakan tugas rasmi di lapangan/luar sahaja .Bagi pegawai / kakitangan lelaki ,baju korporat hanya boleh dipakai bersama-sama seluar panjang(slacks)/khakis dengan keutarnaan kepada warna gelap. Bagi pegawai /kakitangan wanita ,baju korporat hanya baleh dipakai bersama skirt labuh berbentuk"A "(A-lineskirt) paras tumit atau seluar panjang polos berwarna hitam dan tudung berwarna hitam / darkblue / royalblue .Sila klik.......

Khamis, 2 Januari 2014

Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum KPM

Adalah dimaklumkan bahawa kemasukan markah penilaian kokurikulum calon-calon SPM, STPM dan STAM 2013 ke Bahagian Pengurusan Maklumat KPM secara online bermula 20 Disember 2013 dan tarikh akhir serahan ialah pada 31 Januari 2014.

Pastikan markah CGPA selama 5 tahun (2009 hingga 2013) bagi calon SPM dan markah CGPA selama 3 tahun (2011 hingga 2013) bagi calon STPM dan STAM telah diambilkira sebagai syarat kemasukan ke IPTA 2014/2015.Sila Klik.......