Sains / Matematik / Teknologi / Inovasi / PAJSK


EN.SHAIFOL HIZAM BIN MOHAMED ALI
Penolong Pengarah DG41
012-4554300
Bidang Tugas : Sains / Matematik / Teknologi / Bahasa Sekolah Menengah / PAJSK


PERTANDINGAN INOVASI SAINS DAN KEJURUTERAAN

Penyertaan pertandingan ini telah dibuka kepada semua sekolah menengah di seluruh negara. Pertandingan akan dijalankan di peringkat negeri dan kebangsaan. Sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan ini diminta menghantar penyertaan kepada Petrosains Sdn Bhd sebelum 30 April 2014.

Syarat-syarat pertandingan  
Borang Pertandingan
Borang Kebenaran Penyertaan
Maklumat Pertandingan



1.         TAJUK :
            PERTANDINGAN INOVASI SAINS DAN KEJURUTERAAN

2.         TEMA :
            ISU-ISU SAINS DAN TEKNOLOGI

3.         SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
3.1       Terbuka kepada semua  pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 dan 5.
3.2       Pertandingan adalah secara berpasukan yang terdiri daripada 3 orang peserta.
3.3       Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap.
3.4       Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.
3.5       Pembentangan adalah dalam Bahasa Inggeris sahaja.
3.6       Tempoh yang diperuntukkan untuk setiap pembentangan adalah 7 minit. Loceng   pertama akan dibunyikan pada minit ke-6. Loceng kedua akan dibunyikan pada
              minit ke-7. Selepas minit ke-8, markah akan ditolak.
3.7       LCD akan disediakan oleh urusetia. Komputer riba perlu dibawa oleh sekolah
             masing-masing. Bahan lain seperti model, carta dan lain-lain yang boleh
             membantu dalam pembentangan boleh dibawa.
3.8       Pihak urusetia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang
             disebabkan oleh kecuaian peserta.
3.9       Keputusan panel hakim adalah muktamad.