Kesenian


EN.RUSLI BIN YAHAYA
Penyelia Kanan Kesenian DG34
012-5328488

Bidang Tugas : Kesenian dan Kebudayaan / Seni Bela Diri/ Data Kokurikulum

LATAR BELAKANG Peranan seni dalam mewujudkan masyarakat dan negara yang bertaraf tinggi atau
bertamadun telah diakui dan diiktiraf oleh negara. Seni merupakan manifestasi tamadun kehidupan sesebuah negara. Teater, Seni Tari, Muzik, Seni Halus, Sinematografi, Seni Halus dan sebagainya adalah prinsip asas yang diamalkan dalam seni dan pelengkap kepada kehidupan berkualiti. Semua negara maju di dunia menegaskan tentang pentingnya latihan dan galakan seni sama ada melalui latihan formal mahupun galakan lain di kalangan masyarakatnya. Pencapaian, kualiti serta kemudahan untuk kegiatan kesenian sering dikaitkan dengan taraf hidup dan turut dijadikan salah satu daripada kayu pengukur antarabangsa dalam penentuan tahap kemajuan sesebuah negara. Pada masa ini peranan seni telah diterima sebagai salah satu daripada elemen pembangunan negara yang berkemampuan menjana kehidupan yang berkualiti. Melalui latihan seni yang berteraskan pendidikan sesuatu masyarakat akan mampu menjelmakan modal insan yang berhemah dan bertamadun. Perkara ini telah diinsafi oleh pelbagai pihak dan melalui jentera kerajaan, mereka telah pun mengambil tindakan dalam bidang kuasa masing-masing. Baca lagi......