RIMUP

Lihat Senarai Kelompok RIMUP Perlis 2014
 
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.



Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan manpu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.



RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
  • Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
  • Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
  • Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
  • Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.
 
PERKHEMAHAN RIMUP PERINGKAT NEGERI
27-29 OGOS 2014 ( PUSAT KOKURIKULUM, KEM TASOH )

Senarai Peserta RIMUP KEBANGSAAN 2014