-KOSONG-
Penyelia KoAkademik
DGA 32
Bidang Tugas : Bahasa Sekolah Rendah
Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens.
Aktiviti cerita dalam Pengajaran
Bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai
melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan
kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat
sesuai untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan
Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2)
wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan.