Selasa, 10 Disember 2013

KPPM baru

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8/12/ 2013. Baca lagi....
Rujukan : Carta Organisasi KPM

Jumaat, 22 November 2013

Penggunaan logo KPM

Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I'
melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini ada lah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat ..baca lagi......
Rujukan Pekeliling : 

Selasa, 19 November 2013

Draf Percubaan..AKK 2013

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum yang akan dilaksanakan pada bulan November 2013. Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid, guru , pentadbir sekolah dan Pusat Kokurikulum yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dalam tahun yang dinilai.